Wednesday, November 5, 2014

Tips & Persediaan Pertama Kali Ke Tadika

Tahun depan genap 4 tahun umur Dhiya Qaisara. Sekarang masih tercari-cari tadika. Dah survey 2, 3 tempat. Rata-rata yearly registration fee mencecah RM1000 dan ke atas. Pheww. Mahal jugak tadika untuk budak-budak ye. Tu belum termasuk monthly fee yg lebih kurang RM200 ke atas.

Terbaca tips di blog ni. Tips untuk ibu bapa bagi menghantar anak ke tadika untuk pertama kali.


 1. Berbual dan bercerita. Jika anak anda sekarang berumur 3 tahun dan bakal memasuki tadika pada umur 4 tahun di tahun hadapan, mulalah berbual-bual dengannya tentang alam persekolah. Dedahkannya tentang bentuk dan suasana sekolah dan apa yang bakal dia hadapi di sekolah kelak.

2. Pilih bersama. Anda pasti ingin membuat tinjauan tadika yang terbaik di internet atau berjalan-jalan di sekitar perumahan. Bawa anak bersama untuk memilih tadika yang sesuai untuk anak. Apabila anda sudah mempunyai pilihan, nyatakan pilihan itu kepada anak dan katakan kepadanya mengapa anda memilih tadika tersebut.

3. Bawa melawat. Ketika anda hendak mendaftar atau pun mengetahui lebih lanjut tentang sekolah yang telah dipilih, bawalah anak bersama ke sekolah tersebut. Mohon kebenaran pengetua untuk membawa anak meninjau keadaan tadika tersebut dan beri kebebasan kepada anak untuk bertanya. Tunjukkan kelas, tempat bermain, tandas, papan putih, buku dan lain-lain kepada anak. Semoga dia mendapat gambaran yang lebih jelas tentang tadika tersebut.

4. Ceritakan pengalaman anda dahulu. Ceritakan kepada anak tentang pengalaman anda bersekolah dahulu. Kongsikan kenangan manis dan bina sifat-sifat positif dalam diri anak supaya dia dapat rasakan bahawa sekolah itu adalah tempat yang seronok dan selamat.

5. Biasakan anak berdikari. Apabila bermula alam persekolahan maka bermulalah juga episod hidup tanpa ibu dan ayah di sisi. Sesekali tinggalkan anak kepada orang yang dikenali dan katakan kepadanya bahawa anda akan kembali. Inilah yang akan berlaku semasa anak anda mula bersekolah. Kepada yang baru melangkah ke alam persekolahan, ditinggalkan ibu adalah sesuatu yang ditakuti. Berikan kata-kata jaminan dan semangat kepada anak. Katakan kepadanya bahawa anda sayang kepadanya dan akan kembali mengambilnya.

6. Latihan ke tandas. Latihan ini sangat penting. Ke tandas adalah satu keperluan dan cikgu pasti tidak menang tangan untuk menemani anak anda ke tandas. Terangkan kepada anak tentang keselamatan ketika ke tandas dan berada di tandas. Begitu juga bagaiman menjaga kebersihan tandas.

7. Beli barang sekolah bersama. Bawa anak membeli barangan sekolah seperti beg dan alat tulis bersama. Berikan dia sedikit kebebasan untuk memilih warna yang dia suka.

8. Ibu ayah mesti positif. Bukan anak sahaja yang mesti bersedia, ibu dan ayah juga mesti positif menerima perubahan bahawa anak anda sudah besar dan kini tiba masa untuk mereka bersekolah. Sentiasa positif bahawa anak anda mampu untuk ke sekolah.

9. Ibu ayah mesti faham. Bersekolah bermaksud anak akan mula belajar bergaul dengan kawan-kawan baru, bermain bersama, makan bersama, dan belajar juga bersama. Skil komunikasi anak ketika ini sedang berkembang pesat. Kadang-kadang mereka akan bergaduh, menangis dan kecewa. Fahamilah bahawa ini adalah proses bagi mereka. Bantu mereka untuk berhadapan dengan situasi begini dengan baik.

Good tips.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...