Tuesday, April 22, 2014

Tips Untuk Potty Training Anak

Sara dah nak masuk 3 tahun, 11 May 2014 ni. Syukur alhamdulillah, saya dipermudahkan Allah untuk potty training Sara sebelum usianya menjejak 3 tahun.

Walaupun belum 100% diaper free, Sara dah boleh ke bilik air sendiri. Dah tak terkencing macam mula-mula dulu. Jimat duit, tak payah nak beli diaper banyak-banyak lagi. Hehe.

Siang dah 100% diaper free. Cuma time malam nak tidur, pergi jalan-jalan dan nak buang air besar je still kena pakai diaper. Yang part nak buang air besar tu jenuh jugak nak ngajar. Sebab dia geli kot tengok najis sendiri. 

Macam mana saya ajar Sara untuk ke bilik air atau potty training?

Yang paling penting adalah ilmu. Saya banyak search dan baca dari pelbagai sumber kat internet. Terutamanya perkongsian dari ibu-ibu yg telah berjaya potty trained anak mereka. 

Bila dah ada ilmu tu, adala idea sikit kan. Boleh apply yg mana sesuai dengan kondisi kita.

Jangan lupa berdoa, agar Allah permudahkan dan bagi kesabaran kat kita sepanjang tempoh potty training ni. Memang sangat-sangat menduga kesabaran tau! Bagi saya lah.

Hari pertama, saya dah siap-siap gulung karpet. Kalau Sara terkucil, takdela penat nak membasuh. Lepas Sara dah betul-betul boleh ke tandas sendiri, baru la saya bukak balik karpet-karpet tu.

Tips penting, pastikan kita bawak anak-anak kita ke tandas setiap 20-30 minit. Penting ni, supaya takdela diorang terkencing kat merata-rata tempat. Kalau dia tak nak kencing pun takpela. Nanti automatik dia akan belajar, oh kalau nak kencing kena pegi toilet.

Masa nak ke toilet tu anda tentukan. Kalau 20-30 minit tu terlalu lama. Anak anda terkucil jugak, boleh pendekkan sela masa tu. Kalau rasa macam terlalu singkat, boleh panjangkan ke 45 minit sekali ke. Pendek kata, ikut kesesuaian anak anda.

Dan kena istiqamah atau konsisten time nak potty training ni. Jangan hari ni tak pakai diaper, esok nak pakai balik boleh pulak. Anak akan confius. Kejap kena kencing kat toilet, kejap boleh kencing kat mana-mana dalam diaper. Tak jadi la lagu tu..orang utara cakap.

Haa..yg ni penting jugak. Bila anak berjaya buang air dalam tandas, senyumla kat dia. Puji dia. Macam saya, saya selalu cakap, 

"Pandainya anak ibu kencing kat bilik air, bagusss..!!"

Itu sebagai motivasi dan semangat kat dia untuk buang air kat toilet. Tapi kalau dia still terkencing walaupun dah berkali-kali kita ajar, jangan terus marah-marah. Banyak-banyak bersabar. Kang terbantut pulak motivasi dia tu. Silap-silap dah tak nak potty training dan nak pakai diaper balik. Kan naya!

Part nak buang air besar, saya still ajar Sara. Maybe kena beli potty training chair tu kot. Sebab rumah kitorang, semua tandas duduk, saiz agak besar. Tak sesuai untuk Sara. Risau terjatuh ke ape ke kat dalam tu. Time tidur pun rasanya dah boleh tak pakai diaper. Cuma saya yg kurang confident lagi. Time jalan-jalan still kena pakai, sebab takut tak jumpa cari toilet bila terdesak sangat.

Selamat berpotty training bagi yg sedang berusaha tu!

Saturday, April 19, 2014

Pencuci Muka Paling Mahal!

Sebelum saya kenal pencuci muka ni, saya biasanya pakai pencuci muka yg murah-murah je. Safi, Garnier, tak pun kalau ada budget lebih, saya beli pencuci muka brand Simple atau Himalaya di farmasi Guardian atau Watson.

Dah nama pun distributor Shaklee, mestila saya nak try semua produk-produk Shaklee kan! Baru confident bila nak consult orang yg nak beli dengan saya nanti.

Sebab tu la saya berubah ke pencuci muka yg ini. Nutriwhite Gentle Deep Foaming Cleanser keluaran Shaklee. Harga 1 tiub (150g) RM119. Mahal kan!


Tapi bila saya guna, rupa-rupanya pencuci muka ni tahan hampir 6 bulan. Kalau kira-kira balik, saya just belanjakan RM20 je utk sebulan (RM119 ÷ 6 bulan). Aik! Jimat la pulak kan!

Bila first time guna, memang rasa la perbezaan. Kulit jadi lembut dan kurang berminyak. Dan tona kulit makin cerah dari hari ke hari (syok sendiri pulak! hehe)

Tak nyesal la guna pencuci muka Nutriwhite ni. Patutla bila nak g beli, asyik out of stock sokmo kat Shaklee. Laku macam pisang goreng panas!
 
 
  
Antara ramuan yg ada dalam pencuci muka ni.



Pelbagai ramuan dari sumber-sumber semulajadi. Bebas dari bahan kimia beracun.

Jom bertukar ke pencuci muka yg selamat!
 

Thursday, April 17, 2014

Tips Hilangkan Kerak Di Kepala Bayi

Kulit kepala Qaireena sangat sensitif. Bila saya bersihkan rambut Qaireena dengan shampoo yang bukan-bukan, mula lah naik kerak-kerak kat kulit kepala dia. Kalau tak shampoo ok pulak. Cuma kita yang kesian kat dia. Risau rambut dan kulit kepala dia kotor dan berbau jika tak shampoo.

Ada orang bagi petua, lumur dengan minyak baby, contoh macam minyak baby Johnson & Johnson. Lepas tu biarkan sekejap, then sikat untuk buang kerak-kerak kat kepala baby.

Petua mak saya pulak, lumur kepala baby dengan santan. Lepas tu biar la kejap. Bila kerak-kerak tu dah kembang, sikat kepala baby guna sikat yg gigi rapat-rapat tu. Sikat slow-slow, takut luka pulak kulit kepala baby.
Tapi nak cari santan segar susah lah pulak. Santan kotak berlambak-lambak la jual kat kedai.

Ada petua lain tak?


Wednesday, April 16, 2014

Baby Carrier Pilihan Hati

Saya masih baru dalam dunia babywearing. Waktu anak first dulu, baby carrier yg saya pakai adalah preloved baby Bjorn. Tapi bila dah berjinak-jinak dengan ilmu babywearing ni, rupa-rupanya baby carrier tu adalah jenis 'crotch carrier'. Pendek kata, bukan jenis yg ergonomik. Nasib baik Sara ok je.


Tak tahu macam mana, saya terjoin satu group pasal babywearing ni di Facebook. Group tu nama Malaysian Babywearers. Kalau nak belajar pasal babywearing, bagus sangat if join group ni. Boleh try search kat Facebook.

Antara yg saya belajar, ada beberapa jenis baby carrier, contohnya wrap, ring sling dan soft-structured carrier (ssc). 

Dalam hati sangat berkenan dengan wrap, lagipun wrap sangat bagus terutamanya utk newborn. Sebab wrap akan kekalkan bentuk tulang belakang baby yg C-shape. Ring sling pun bagus untuk newborn, tapi hati kurang berkenan.

Ni contoh wrap dan cara pakai wrap. Cool kan? 

Tuesday, April 15, 2014

Pengalaman Bersalin Anak Kedua

Bersalin kali kedua adalah pengalaman yg cukup berbeza berbanding kali pertama dulu. 

Saya dah boleh expect macam mana sakitnya time contraction, peritnya ketika waktu meneran, ngerinya ketika dijahit. Bila dah dekat-dekat due bersalin 16hb Jan 2014, memang seram sejuk jadinya.

Oh ya, mengandung kali kedua ni saya disahkan ada GDM atau kencing manis dan on diet control. Tiap 2 minggu, wajib ambil darah kat hujung jari tu, 4 kali. Kali ni nak makan nasi lebih-lebih pun risau. Nak makan benda-benda manis apatah lagi. Takut gula tiba-tiba naik dan kena cucuk insulin. Nasib baik bacaan gula cantik je sepanjang waktu mengandung.

Bila dah ada GDM, automatik kena bersalin on the due date. Kalau tak, kena induce la jawabnya. Alahai, memang tak sanggup kena induce. Dah dekat dengan due date, hari-hari saya pujuk baby keluar awal sikit sebab tak nak kena induce.

Haa.. Dah dekat-dekat due, saya banyak search pasal gentle birthing dan hypnobirthing. Memang sangat membantu especially yg part breathing technique tu. Boleh search kat google. Boleh juga join group pasal ni kat Facebook The Centle Birthing Group Malaysia.

25hb Dec 2013

Ada blood spotting. Ingatkan dah nak bersalin. Tunggu punya tunggu, takde langsung rasa sakit contraction. Kecewa.

13hb Jan 2014

Pagi tu bangun kemas-kemas rumah, basuh kain, sidai kain, tiba-tiba je rasa macam ada benda keluar kat bawah. Bila check, rupa-rupanya dah keluar tanda darah plus lendir. Excited sangat sebab tau mesti akan bersalin hari ni atau esok, based on last experience.

Tak lama lepas tu, rasa sakit macam senggugut, tapi kerap dan dalam sela masa 10-15 minit sekali. Time tu memang saya track masa contraction thru apps yg saya install kat phone. Memang sah la tu contraction dan bukan Braxton Hicks.

Hajat nak ke Giant terbantut sebab dah tak tahan sangat bila sakit tu datang. So, cepat-cepat ajak husband ke Hospital Serdang. Takut jugak if terberanak kat rumah. Kan naya.

Bila dah sampai hospital, dalam pukul 12 tgh hari, masuk bilik saringan dan doc check bukaan dah 3 cm. Hampa. Ingatkan dah 6-7 cm. Doc bagi masa hingga pukul 4 ptg untuk review bukaan. 

Dalam sela masa tu, sakit makin kerap dan kuat. Bila time tak sakit tu, saya banyakkan berjalan. Bila sakit datang, saya berhenti. Bila dah sampai terbongkok-bongkok tahan sakit, saya just duduk bersandar kat kerusi ruang menunggu.

Time ni la saya praktikkan teknik pernafasan hypnobirthing. Saya pejam mata, tarik nafas, hembus lama-lama. Gigi jangan ketap, body biar relax. Fikir yg happy-happy, yg baik-baik je. Alhamdulillah memang berkesan untuk tahan sakit contraction.

Bila pukul 4, doc review bukaan dah 5 cm. Air ketuban doc pecahkan dan pukul 5 ptg saya ditolak ke labor room. Dalam labor room pun still apply breathing technique tadi. Oh ya, saya ada ambil ubat tahan sakit, tak sure nama ubat tu. Tapi memang lepas kena cucuk ubat tu, mata jadi berat, rasa nak tidur je. Bolehla rehat kejap.

Tiba-tiba je dalam pukul 6 ptg, rasa nak meneran sangat-sangat. Terus tekan button dan bagitau nurse yg rasa nak teran. Nurse check dan bagitau dah boleh push. Lama jugak nak push tu sebab tenaga dah takde plus letih dan tak reti sangat. 

Tapi Alhamdulillah, berkat sokongan husband di sisi, doa mak ayah, pukul 6.35 ptg lahirlah puteri kedua kami. Syukur sebab pengalaman kali kedua ni cukup mudah dan cepat berbanding bersalin kali pertama dulu.


Dhiya Qaireena sejurus lepas lahir.

Monday, April 14, 2014

Teman Baik Ketika Waktu Berpantang

Alhamdulillah, pejam celik, baby Qaireena dah masuk 3 bulan. Pengalaman berpantang kali ini agak berbeza ketika berpantang kakaknya dulu.

Kalau dulu time Sara, saya berpantang di kampung, kali ini nak merasa berpantang di rumah sendiri pula. Sedikit mencabar sebab kena urus baby sendiri, nasib baik Sara, ayah dia yg banyak jaga.

Dhiya Qaireena
13 Jan 2014
6.35 p.m.
3.29 kg

Just nak share antara 'teman-teman' baik yg sangat saya suka time berpantang kali ini.

1) Minyak Herbanika Nona Roguy - First time guna bila bersalin Sara. Terus jatuh cinta, sebab tu kali ni pun dah standby awal-awal minyak ni.

minyak herbanika 
2) Minyak Bayi Amway - Bau yg sangat wangi. Best bau minyak ni. Yang penting ada cop Halal Jakim sebab tu yakin nak beli dan pakai kat baby.

minyak baby amway

3) Minyak Gamat Langkawi - Terpaksa guna bila still rasa sakit dan tempat jahitan tu lambat kering. Bila  sapu tiap-tiap hari, Alhamdulillah kurang rasa sakit dan luka cepat kering.

 minyak gamat

 4) Tungku - Time Sara dulu saya pakai jenis besi, tapi kali ni saya pakai batu sungai. Tungku besi sangat famous kat belah Utara, tungku batu sungai ni pulak famous kat belah-belah pantai timur.

 
5) Bengkung / Girdle - Benda wajib bagi ibu-ibu berpantang. Kalau tak sempat nak pakai bengkung, saya pakai waist nipper PB je.


6) Ostematrix Shaklee - Sangat suka sebab tak kena sembelit langsung time berpantang. Malam sebelum tidur makan 4 biji, esoknya memang lawas je time membuang. Time Sara, saya makan Phytonatal Nona Roguy. Best jugak, tapi time awal-awal tu tak ambil lagi sebab Sara kena jaundis. So, kena sembelit, siksa betul bila kenangkan balik time kena sembelit tu especially bila luka belum sembuh. 

ostematrix shaklee

7) Manjakani - Rendam atau rebus, dan minum air dia. Bagus untuk kecutkan rahim dan sebagai perapat juga.

manjakani
Gambar dari Google.

8) Kapur + Limau Nipis - Campur kapur dengan perahan limau nipis. Sapu kat perut sebelum berbengkung. Untuk elakkan perut buncit dan menggeleber.

Syukur sangat sebab dah habis pantang. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...