Tuesday, May 13, 2014

Cara Selamat Untuk Bersihkan Soft Toys Anak

Sayang betul Sara dengan soft toys dia, terutamanya Pororo, Crong, Minnie & Mickey Mouse.

Bila dah kotor, saya akan masukkan beberapa titis Basic H2 Shaklee dalam air dan rendam seketika soft toys tu.

Lepas tu bilas dan jemur.

Saya suka guna Basic H2 Shaklee ni sebab ia tanpa bahan kimia berbahaya dan selamat untuk anak-anak kita.

Maklumlah, budak-budak kalau tengah main, semua nak bawak masuk ke mulut. Bayangkan kalau kita basuh dengan pencuci biasa yg banyak chemical tu? Sisa-sisa chemical tu mesti selamat masuk ke mulut anak-anak kita kan?

Saya sangat-sangat suka Basic H2 Shaklee ni sebab ia pencuci serbaguna. Pendek kata, satu rumah boleh cuci dengan Basic H2 Shaklee ni.

Saya ada tulis entry tentang 10 Sebab Untuk Jatuh Cinta Dengan Basic H2 Shaklee. :)

Tengah basuh Crong.

Happy 3rd Birthday Sayangku Sara

11 May 2011. 

Tarikh keramat buat diri ini. 

Bertarung nyawa demi buah hati tercinta. 

Untuk lahir ke dunia dan saksikan keindahannya. 

Kini 11 May 2014. Genap 3 tahun sudah. 

Selamat ulang tahun kelahiran sayang, Dhiya Qaisara. 

Doa ibu sentiasa mengiringi mu. 

Mudah-mudahan hidup mu bahagia serta berjaya di dunia dan di akhirat sana kelak. 

 
 
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...