Wednesday, April 16, 2014

Baby Carrier Pilihan Hati

Saya masih baru dalam dunia babywearing. Waktu anak first dulu, baby carrier yg saya pakai adalah preloved baby Bjorn. Tapi bila dah berjinak-jinak dengan ilmu babywearing ni, rupa-rupanya baby carrier tu adalah jenis 'crotch carrier'. Pendek kata, bukan jenis yg ergonomik. Nasib baik Sara ok je.


Tak tahu macam mana, saya terjoin satu group pasal babywearing ni di Facebook. Group tu nama Malaysian Babywearers. Kalau nak belajar pasal babywearing, bagus sangat if join group ni. Boleh try search kat Facebook.

Antara yg saya belajar, ada beberapa jenis baby carrier, contohnya wrap, ring sling dan soft-structured carrier (ssc). 

Dalam hati sangat berkenan dengan wrap, lagipun wrap sangat bagus terutamanya utk newborn. Sebab wrap akan kekalkan bentuk tulang belakang baby yg C-shape. Ring sling pun bagus untuk newborn, tapi hati kurang berkenan.

Ni contoh wrap dan cara pakai wrap. Cool kan? 

1 comments:

Erin said...

Alhamdulilah puan di pertemukan denga group yang tepat untuk mendalami ilmu mengendong bayi yang betul dan selamat. Terdapat pelbagai manfaat yang diperolehi dariada aktiviti mengendong bayi ini sama ada kepada bayi mahupun kepada ibu dan bapa.
Tahukah anda penggunaan seawal baru dilahirkan .

Penggunaa pengendong bayi boleh dimulakan, selain utk memudahkan skin to skin antara bayi dan ibu, aktivti babywearing juga dapat mengelakkan masalah bayi baru lahir yang paling biasa berlaku iaitu sindrom kepala rata atau pun "plagiocephaly/flat hear sindrom" dan banyak lagi manfaat lain melalui aktiviti mengendong bayi ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...