Tuesday, July 15, 2014

Resepi Puding Jagung Mudah & Sedap!

Puding jagung ni dibuat khas untuk Sara, disebabkan 2, 3 hari ni dia asyik nak makan jagung je.

Saya ambil dari group Facebook Resepi Ringkas. Memang senang, cepat dan sedap.


Selamat mencuba!

Friday, July 4, 2014

Petua Mengurangkan Sakit Gigi Dengan Ajinomoto

Petua ni just copy paste dari Facebook. Menarik sangat, mudah pulak tu. Boleh la apply time sakit gigi nanti! Hehe.


Hari ini dapat satu ilmu baru, belajar dari pesakit saya.

“Doktor! Saya tak pernah pun cabut gigi.”

“Tapi gigi Kak sebelah bawah banyok doh tak dok, gi mano kalu dok cabut?”

“Setiap kali sakit gigi, saya bubuh ajinomoto dalam lubang gigi, hilang sakit. Lama-lama gigi tu reput dengan sendiri.”

“Haaaa… ni baru kali pertama ambo dengar, ajinomoto boleh jadi ubat sakit gigi.”

“Memang doktor! mujarab sengoti. Lepas bubuh, semetar jah hilang terus sakit. Tapi gigi jadi reput.”

Apa yang kita boleh belajar dari sini? Gigi dengan tulang kita, mana yang lebih kuat?

Semua orang akan jawab, gigi lebih kuat dari tulang sebab gigi boleh gigit tulang tapi tulang tak boleh gigit gigi!

Kalau gigi yang kuat pun boleh reput dengan ajinomoto, bayangkan bagaimana tulang kita, rambut kita dan anggota-anggota lain.

Heheee… siapa yang berminat nak mereputkan tulang, masukkan ajinomoto banyak-banyak dalam masakan anda. Selamat mencuba!

Tuesday, May 13, 2014

Cara Selamat Untuk Bersihkan Soft Toys Anak

Sayang betul Sara dengan soft toys dia, terutamanya Pororo, Crong, Minnie & Mickey Mouse.

Bila dah kotor, saya akan masukkan beberapa titis Basic H2 Shaklee dalam air dan rendam seketika soft toys tu.

Lepas tu bilas dan jemur.

Saya suka guna Basic H2 Shaklee ni sebab ia tanpa bahan kimia berbahaya dan selamat untuk anak-anak kita.

Maklumlah, budak-budak kalau tengah main, semua nak bawak masuk ke mulut. Bayangkan kalau kita basuh dengan pencuci biasa yg banyak chemical tu? Sisa-sisa chemical tu mesti selamat masuk ke mulut anak-anak kita kan?

Saya sangat-sangat suka Basic H2 Shaklee ni sebab ia pencuci serbaguna. Pendek kata, satu rumah boleh cuci dengan Basic H2 Shaklee ni.

Saya ada tulis entry tentang 10 Sebab Untuk Jatuh Cinta Dengan Basic H2 Shaklee. :)

Tengah basuh Crong.

Saturday, April 19, 2014

Pencuci Muka Paling Mahal!

Sebelum saya kenal pencuci muka ni, saya biasanya pakai pencuci muka yg murah-murah je. Safi, Garnier, tak pun kalau ada budget lebih, saya beli pencuci muka brand Simple atau Himalaya di farmasi Guardian atau Watson.

Dah nama pun distributor Shaklee, mestila saya nak try semua produk-produk Shaklee kan! Baru confident bila nak consult orang yg nak beli dengan saya nanti.

Sebab tu la saya berubah ke pencuci muka yg ini. Nutriwhite Gentle Deep Foaming Cleanser keluaran Shaklee. Harga 1 tiub (150g) RM119. Mahal kan!


Tapi bila saya guna, rupa-rupanya pencuci muka ni tahan hampir 6 bulan. Kalau kira-kira balik, saya just belanjakan RM20 je utk sebulan (RM119 ÷ 6 bulan). Aik! Jimat la pulak kan!

Bila first time guna, memang rasa la perbezaan. Kulit jadi lembut dan kurang berminyak. Dan tona kulit makin cerah dari hari ke hari (syok sendiri pulak! hehe)

Tak nyesal la guna pencuci muka Nutriwhite ni. Patutla bila nak g beli, asyik out of stock sokmo kat Shaklee. Laku macam pisang goreng panas!
 
 
  
Antara ramuan yg ada dalam pencuci muka ni.



Pelbagai ramuan dari sumber-sumber semulajadi. Bebas dari bahan kimia beracun.

Jom bertukar ke pencuci muka yg selamat!
 

Wednesday, April 16, 2014

Baby Carrier Pilihan Hati

Saya masih baru dalam dunia babywearing. Waktu anak first dulu, baby carrier yg saya pakai adalah preloved baby Bjorn. Tapi bila dah berjinak-jinak dengan ilmu babywearing ni, rupa-rupanya baby carrier tu adalah jenis 'crotch carrier'. Pendek kata, bukan jenis yg ergonomik. Nasib baik Sara ok je.


Tak tahu macam mana, saya terjoin satu group pasal babywearing ni di Facebook. Group tu nama Malaysian Babywearers. Kalau nak belajar pasal babywearing, bagus sangat if join group ni. Boleh try search kat Facebook.

Antara yg saya belajar, ada beberapa jenis baby carrier, contohnya wrap, ring sling dan soft-structured carrier (ssc). 

Dalam hati sangat berkenan dengan wrap, lagipun wrap sangat bagus terutamanya utk newborn. Sebab wrap akan kekalkan bentuk tulang belakang baby yg C-shape. Ring sling pun bagus untuk newborn, tapi hati kurang berkenan.

Ni contoh wrap dan cara pakai wrap. Cool kan? 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...