Tuesday, April 22, 2014

Tips Untuk Potty Training Anak

Sara dah nak masuk 3 tahun, 11 May 2014 ni. Syukur alhamdulillah, saya dipermudahkan Allah untuk potty training Sara sebelum usianya menjejak 3 tahun.

Walaupun belum 100% diaper free, Sara dah boleh ke bilik air sendiri. Dah tak terkencing macam mula-mula dulu. Jimat duit, tak payah nak beli diaper banyak-banyak lagi. Hehe.

Siang dah 100% diaper free. Cuma time malam nak tidur, pergi jalan-jalan dan nak buang air besar je still kena pakai diaper. Yang part nak buang air besar tu jenuh jugak nak ngajar. Sebab dia geli kot tengok najis sendiri. 

Macam mana saya ajar Sara untuk ke bilik air atau potty training?

Yang paling penting adalah ilmu. Saya banyak search dan baca dari pelbagai sumber kat internet. Terutamanya perkongsian dari ibu-ibu yg telah berjaya potty trained anak mereka. 

Bila dah ada ilmu tu, adala idea sikit kan. Boleh apply yg mana sesuai dengan kondisi kita.

Jangan lupa berdoa, agar Allah permudahkan dan bagi kesabaran kat kita sepanjang tempoh potty training ni. Memang sangat-sangat menduga kesabaran tau! Bagi saya lah.

Hari pertama, saya dah siap-siap gulung karpet. Kalau Sara terkucil, takdela penat nak membasuh. Lepas Sara dah betul-betul boleh ke tandas sendiri, baru la saya bukak balik karpet-karpet tu.

Tips penting, pastikan kita bawak anak-anak kita ke tandas setiap 20-30 minit. Penting ni, supaya takdela diorang terkencing kat merata-rata tempat. Kalau dia tak nak kencing pun takpela. Nanti automatik dia akan belajar, oh kalau nak kencing kena pegi toilet.

Masa nak ke toilet tu anda tentukan. Kalau 20-30 minit tu terlalu lama. Anak anda terkucil jugak, boleh pendekkan sela masa tu. Kalau rasa macam terlalu singkat, boleh panjangkan ke 45 minit sekali ke. Pendek kata, ikut kesesuaian anak anda.

Dan kena istiqamah atau konsisten time nak potty training ni. Jangan hari ni tak pakai diaper, esok nak pakai balik boleh pulak. Anak akan confius. Kejap kena kencing kat toilet, kejap boleh kencing kat mana-mana dalam diaper. Tak jadi la lagu tu..orang utara cakap.

Haa..yg ni penting jugak. Bila anak berjaya buang air dalam tandas, senyumla kat dia. Puji dia. Macam saya, saya selalu cakap, 

"Pandainya anak ibu kencing kat bilik air, bagusss..!!"

Itu sebagai motivasi dan semangat kat dia untuk buang air kat toilet. Tapi kalau dia still terkencing walaupun dah berkali-kali kita ajar, jangan terus marah-marah. Banyak-banyak bersabar. Kang terbantut pulak motivasi dia tu. Silap-silap dah tak nak potty training dan nak pakai diaper balik. Kan naya!

Part nak buang air besar, saya still ajar Sara. Maybe kena beli potty training chair tu kot. Sebab rumah kitorang, semua tandas duduk, saiz agak besar. Tak sesuai untuk Sara. Risau terjatuh ke ape ke kat dalam tu. Time tidur pun rasanya dah boleh tak pakai diaper. Cuma saya yg kurang confident lagi. Time jalan-jalan still kena pakai, sebab takut tak jumpa cari toilet bila terdesak sangat.

Selamat berpotty training bagi yg sedang berusaha tu!

1 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...