Thursday, April 17, 2014

Tips Hilangkan Kerak Di Kepala Bayi

Kulit kepala Qaireena sangat sensitif. Bila saya bersihkan rambut Qaireena dengan shampoo yang bukan-bukan, mula lah naik kerak-kerak kat kulit kepala dia. Kalau tak shampoo ok pulak. Cuma kita yang kesian kat dia. Risau rambut dan kulit kepala dia kotor dan berbau jika tak shampoo.

Ada orang bagi petua, lumur dengan minyak baby, contoh macam minyak baby Johnson & Johnson. Lepas tu biarkan sekejap, then sikat untuk buang kerak-kerak kat kepala baby.

Petua mak saya pulak, lumur kepala baby dengan santan. Lepas tu biar la kejap. Bila kerak-kerak tu dah kembang, sikat kepala baby guna sikat yg gigi rapat-rapat tu. Sikat slow-slow, takut luka pulak kulit kepala baby.
Tapi nak cari santan segar susah lah pulak. Santan kotak berlambak-lambak la jual kat kedai.

Ada petua lain tak?


0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...