Tuesday, April 15, 2014

Pengalaman Bersalin Anak Kedua

Bersalin kali kedua adalah pengalaman yg cukup berbeza berbanding kali pertama dulu. 

Saya dah boleh expect macam mana sakitnya time contraction, peritnya ketika waktu meneran, ngerinya ketika dijahit. Bila dah dekat-dekat due bersalin 16hb Jan 2014, memang seram sejuk jadinya.

Oh ya, mengandung kali kedua ni saya disahkan ada GDM atau kencing manis dan on diet control. Tiap 2 minggu, wajib ambil darah kat hujung jari tu, 4 kali. Kali ni nak makan nasi lebih-lebih pun risau. Nak makan benda-benda manis apatah lagi. Takut gula tiba-tiba naik dan kena cucuk insulin. Nasib baik bacaan gula cantik je sepanjang waktu mengandung.

Bila dah ada GDM, automatik kena bersalin on the due date. Kalau tak, kena induce la jawabnya. Alahai, memang tak sanggup kena induce. Dah dekat dengan due date, hari-hari saya pujuk baby keluar awal sikit sebab tak nak kena induce.

Haa.. Dah dekat-dekat due, saya banyak search pasal gentle birthing dan hypnobirthing. Memang sangat membantu especially yg part breathing technique tu. Boleh search kat google. Boleh juga join group pasal ni kat Facebook The Centle Birthing Group Malaysia.

25hb Dec 2013

Ada blood spotting. Ingatkan dah nak bersalin. Tunggu punya tunggu, takde langsung rasa sakit contraction. Kecewa.

13hb Jan 2014

Pagi tu bangun kemas-kemas rumah, basuh kain, sidai kain, tiba-tiba je rasa macam ada benda keluar kat bawah. Bila check, rupa-rupanya dah keluar tanda darah plus lendir. Excited sangat sebab tau mesti akan bersalin hari ni atau esok, based on last experience.

Tak lama lepas tu, rasa sakit macam senggugut, tapi kerap dan dalam sela masa 10-15 minit sekali. Time tu memang saya track masa contraction thru apps yg saya install kat phone. Memang sah la tu contraction dan bukan Braxton Hicks.

Hajat nak ke Giant terbantut sebab dah tak tahan sangat bila sakit tu datang. So, cepat-cepat ajak husband ke Hospital Serdang. Takut jugak if terberanak kat rumah. Kan naya.

Bila dah sampai hospital, dalam pukul 12 tgh hari, masuk bilik saringan dan doc check bukaan dah 3 cm. Hampa. Ingatkan dah 6-7 cm. Doc bagi masa hingga pukul 4 ptg untuk review bukaan. 

Dalam sela masa tu, sakit makin kerap dan kuat. Bila time tak sakit tu, saya banyakkan berjalan. Bila sakit datang, saya berhenti. Bila dah sampai terbongkok-bongkok tahan sakit, saya just duduk bersandar kat kerusi ruang menunggu.

Time ni la saya praktikkan teknik pernafasan hypnobirthing. Saya pejam mata, tarik nafas, hembus lama-lama. Gigi jangan ketap, body biar relax. Fikir yg happy-happy, yg baik-baik je. Alhamdulillah memang berkesan untuk tahan sakit contraction.

Bila pukul 4, doc review bukaan dah 5 cm. Air ketuban doc pecahkan dan pukul 5 ptg saya ditolak ke labor room. Dalam labor room pun still apply breathing technique tadi. Oh ya, saya ada ambil ubat tahan sakit, tak sure nama ubat tu. Tapi memang lepas kena cucuk ubat tu, mata jadi berat, rasa nak tidur je. Bolehla rehat kejap.

Tiba-tiba je dalam pukul 6 ptg, rasa nak meneran sangat-sangat. Terus tekan button dan bagitau nurse yg rasa nak teran. Nurse check dan bagitau dah boleh push. Lama jugak nak push tu sebab tenaga dah takde plus letih dan tak reti sangat. 

Tapi Alhamdulillah, berkat sokongan husband di sisi, doa mak ayah, pukul 6.35 ptg lahirlah puteri kedua kami. Syukur sebab pengalaman kali kedua ni cukup mudah dan cepat berbanding bersalin kali pertama dulu.


Dhiya Qaireena sejurus lepas lahir.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...