Tuesday, January 8, 2013

Demam..Demam Sudah..


Sampai nak demam dibuatnya tengok drama ni. Semestinya sebab cerita ni sangat-sangat best. Sampai tak boleh nak stop. Hihi. Anyway, saya tengok kat Viki.com. Install je Viki apps kat tab. Boleh terus tengok. Tajuk drama ni Feast of God.

Drama ni ada 32 episod. Sekarang baru tengok sampai episod 10. Banyak lagi tuuu. Hehe. Drama ni mengisahkan tentang persaingan 2 perempuan untuk menjadi yg terbaik dalam menghasilkan makanan tradisional Korean. Saya sangat suka pasal makanan2 ni, sebab tu drama ni sangat menarik buat saya.

Tak sabar nak tengok sampai episod last. Jumpa lagi. :)

Monday, January 7, 2013

Last Perempuan Kahwin!

Gempak je bunyik. Sebenarnya hujung tahun lepas, adik perempuan saya kahwin. Dia anak perempuan last yg kahwin. So, tinggal adik lelaki sy yg bongsu yg belum kahwin. Tengah belajar kat UPSI. Lega mak, ayah. Sebab anak-anak perempuan diorang semua sudah selamat berumahtangga.

Jom tengok gambar-gambar majlis yg berlansung di rumah kami, Kuala Ketil, Kedah.

Tetamu dah mula datang.

Hasil tangan saya dan kakak sulung.

Pelamin dan hantaran.

Nurul (adik) dan pasangannya.



Our family.

Gambar outdoor.

Waktu saya kahwin, takde gambar-gambar outdoor macam ni. Dan bila tengok balik gambar-gambar kahwin saya, macam menyesal pulak sebab hired photographer tu. Gambar tak berapa cantik dan kualiti kurang. Tapi nak buat macam mana kan. Benda dah lepas. Huhu.

Otak Anak Sebijak Einstein!

Ibu bapa mana yg taknak anak diorg sebijak macam Einstein kan? Saya harap Sara pun akan membesar menjadi anak yg pintar dan solehah. Mudah-mudahan Sara akan berjaya dunia dan akhirat. Itu yg selalu sy doakan di setiap akhir solat sy.

11 Januari 2013 ni genaplah usia Sara 1 tahun 8 bulan. Dah besar anak ibu. Bukan baby lg, dah toddler dah. Teringat Ayah Sara selalu bergurau panggil toddler kat Sara. Hehe.

Setakat ni, Sara dah boleh panggil Ayah, jatuh, air. Ibu sekali sekalaje dia panggil. Tiap-tiap hari mesti nak nyanyi lagu, cicak-cicak di dinding (yg baris ni je, tu pun dgn bahasa dia la). Dah pandai main dgn bear, sebelum dia tak layan pun, sampai nak berabuk bear dalam bakul mainan dia.

Jalan-jalan di Zoo Melaka.

Dan untuk perkembangan otak Sara, sy masih susukan dia sebab saya yakin susu ibu yg terbaik! Saya turut mula bekalkan 1 biji Omega Guard (minyak ikan) yg kaya dengan DHA, EPA tiap-tiap hari untuk Sara.



Semoga Sara membesar dan menjadi sebijak Einstein! Mudah-mudahan. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...