Monday, August 22, 2011

Bermulanya Episod Baru

Alhamdulillah. Sudah hampir 4 bulan saya bergelar seorang ibu kepada Dhiya Qaisara. Dalam tempoh ini, pelbagai pengalaman dan pengajaran yg saya dapat. Yang paling penting, kesabaran adalah sangat-sangat penting especially dalam tempoh berpantang. Memang kebanyakan 1st time mother akan mengalami stress yg amat sangat termasuklah saya.

Kena bangun malam2, tidur pun tak cukup. Kena belajar untuk menyusukan baby. It's so hard for me to breastfeed my baby for the first time. Terpaksa beri susu formula a few days sebab my baby tak nak hisap susu badan plus maybe saya tak reti nak menyusukan baby dan baby pun tak reti nak hisap. Kekok untuk pegang baby time nak susukan tu. But alhamdulillah, my baby akhirnya nak juga menyusu badan pada hari ke-10 sampaila sekarang.

Tapi saya amat-amatla bersyukur sebab my baby kurang meragam time dalam pantang aritu. Jaundice pun sikit je. 3 hari je kena ulang-alik ke klinik untuk ambil darah.

Dan mak saya amat-amatla membantu saya dalam menjaga my baby. Kadang2 tersentuh hati dan naluri saya ini melihat betapa kasihnya seorang ibu yg tidak pernah berhenti even her daughter dah besar panjang dan dah ada anak sendiri pun. Sanggup bangun tengah2 malam untuk solat hajat dan mendoakan si anak supaya selamat dan senang bersalin. Sanggup bersusah payah bersengkang mata menjaga cucu even tersangat penat dan esoknya nak kerja pulak. Memang sangat2 terharu.

Tapi pendek kata, memang rasa lain bila dah ada baby sendiri ni. Dulu tengok je baby orang. Sekarang dah ada baby sendiri. Macam2 rasa ada. Happy, stress, tension, penat, fun. Alhamdulillah. Syukur atas rezeki-Mu Tuhan..

Dhiya Qaisara pada hari ke-3 berpantang.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...