Monday, August 22, 2011

Pengalaman Bersalin Part I

Walaupun dah hampir 4 bulan bersalin, pengalaman melahirkan Dhiya Qaisara masih terbayang2 sampai ke hari ini. Memang pengalaman yg tak boleh dilupakan. Almaklumlah my first experience. Sakit contraction tu memang dah rasa. Kadang2 rasa serik nak mengandung lagi. Patutla orang cakap sakit bersalin ni sakit ke-2 selepas mati. Memang sakit sangat2.

Sepatutnya my due date 4/5/2011. If saya tak bersalin jugak, terpaksalah serah diri kat hospital 10/5/2011. Doktor bagi tempoh seminggu dari due date. After that memang kena pegi hospital untuk elakkan perkara2 yg tak diingini dari berlaku such as baby lemas dan sebagainya.

Saya memang bercadang nak bersalin dekat kampung. So tak risau sangat sebab mak dan ayah ada untuk temankan saya dalam tempoh menunggu tu. Masa 37 minggu tu saya dah standby di kampung. Excited, ingatkan Cik Baby ni nak keluar awal. My husband lak terpaksa berulang-alik Shah Alam-Sg Petani.

Tunggu punya tunggu Cik Baby ni tak keluar2 jugak. Sampailah ke due date yg doktor kasi tu, baby still tak tunjukkan tanda2 nak keluar. Puaslah pujuk baby, suruh keluar. Perut pun dah memboyot sangat. Tak larat nak berjalan dan buat kerja2 rumah.

Luckily my sister ada untuk bereskan kerja2 rumah dan temankan saya time mak dan ayah kerja. At the same time, memang melantak macam2 la. Mak dan ayah memang manjakan sangat la anak diorang ni. Kalo ada apa2 teringin nak makan, mesti dapat. Takut2 after bersalin tak dapat makanla konon. Tapi memang enjoy. Makan, tidur jela kerjanya.

2,3 hari after due date still tak ada tanda2 baby nak keluar. Malam2 tak boleh tidur. Risau memanjang memikirkan bila la Cik Baby ni nak keluar. Perasaan takut nak bersalin dah hilang entah ke mana. Tak sabar nak menunggu baby keluar. Sampaila hari sebelum kena serah diri, still tak ada apa2 tanda. Memang dah pasrah untuk serah diri kat hospital esoknya untuk diinduce.

10/5/2011 - Time nak bangun solat Subuh, tiba2 je rasa benda panas keluar dari bawah. Rupa2nya dah turun tanda. Lendir dan darah. Alhamdulillah. Syukur sangat. Memang tak nak sangat kena induce. Sebab banyak dengar cerita yang lagi sakit kalau kena paksa bersalin. Then siap2 nak pergi hospital. Sebelum tu sempat minum teh kelat campur dengan telur ayam yang mak buat. Mak cakap untuk tambah tenaga ketika bersalin.

Sampai kat hospital, doktor check bukaan dah 2cm. But saya tak ada rasa sakit or contraction langsung. So kenala tahan kat wad. Kalo still tak ada progress, esoknya kena induce.

11/5/2011 - Subuh2 tu nurse kejut untuk buat CTG dan check bukaan. Alhamdulillah. Bukaan dah 4cm. Tapi still tak sakit. So memang kena masuk labor room sebab dah 4cm. Time tu memang pasrah je bila kena tolak ke labor room.

At 7 months pregnant. Perut dah sangat2 besar.

To be continued..

Bermulanya Episod Baru

Alhamdulillah. Sudah hampir 4 bulan saya bergelar seorang ibu kepada Dhiya Qaisara. Dalam tempoh ini, pelbagai pengalaman dan pengajaran yg saya dapat. Yang paling penting, kesabaran adalah sangat-sangat penting especially dalam tempoh berpantang. Memang kebanyakan 1st time mother akan mengalami stress yg amat sangat termasuklah saya.

Kena bangun malam2, tidur pun tak cukup. Kena belajar untuk menyusukan baby. It's so hard for me to breastfeed my baby for the first time. Terpaksa beri susu formula a few days sebab my baby tak nak hisap susu badan plus maybe saya tak reti nak menyusukan baby dan baby pun tak reti nak hisap. Kekok untuk pegang baby time nak susukan tu. But alhamdulillah, my baby akhirnya nak juga menyusu badan pada hari ke-10 sampaila sekarang.

Tapi saya amat-amatla bersyukur sebab my baby kurang meragam time dalam pantang aritu. Jaundice pun sikit je. 3 hari je kena ulang-alik ke klinik untuk ambil darah.

Dan mak saya amat-amatla membantu saya dalam menjaga my baby. Kadang2 tersentuh hati dan naluri saya ini melihat betapa kasihnya seorang ibu yg tidak pernah berhenti even her daughter dah besar panjang dan dah ada anak sendiri pun. Sanggup bangun tengah2 malam untuk solat hajat dan mendoakan si anak supaya selamat dan senang bersalin. Sanggup bersusah payah bersengkang mata menjaga cucu even tersangat penat dan esoknya nak kerja pulak. Memang sangat2 terharu.

Tapi pendek kata, memang rasa lain bila dah ada baby sendiri ni. Dulu tengok je baby orang. Sekarang dah ada baby sendiri. Macam2 rasa ada. Happy, stress, tension, penat, fun. Alhamdulillah. Syukur atas rezeki-Mu Tuhan..

Dhiya Qaisara pada hari ke-3 berpantang.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...